Monday, November 22, 2010

Antara Kekayaan,Kejayaan dan Kasih Sayang =D

 Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian.Anaknya dan Suaminya pergi bekerja.Sedang dia sibuk menyediakan makanan, tiga orang tetamu misteri mengetuk pintu rumahnya.Dia mengatakan kepada tiga tetamu tersebut bahawa suaminya tiada di rumah.Tiga orang tetamu misteri itu meminta kepada wanita tersebut bahawa dia akan tunggu di depan rumah untuk menunggu kepulangan suaminya.Setelah suami kepada wanita itu pulang,tiga tetamu lelaki yang tidak dikenali itu memperkenalkan diri mereka.Lelaki yang pertama mengatakan bahawa namanya ialah kekayaan.Lelaki yang kedua pula ialah kejayaan.Manakala yang ketiga pula ialah kasih sayang.Mereka berkata hanya seorang  daripada mereka bertiga boleh dijemput masuk kedalam.Maka...mereka pun berfikir sejenak.Si isteri mencadangkan kepada si suami untuk menjemput saudara kekayaan.Dengan menjemput beliau mereka boleh menjadi kaya.Tetapi tidak pula dengan si suami  dia mencadangkan bahawa mereka patut menjemput saudara keyaan masuk kedalam rumah.Dia berpendapat bahawa dengan kejayaan, mereka boleh memperolehi kekayaan dan sebagainya..Tiba tiba si anak pula berkata "Saya tidak kisah kita hidup dalam keadaan yang miskin ataupun sederhana.Saya berasa hidup kita pasti akan bahagia jika dilimpahi dengan kasih sayang.Ibu dan bapanya terdiam. Mereka tersentuh dengan kata kata anaknya,lalu mereka bersetuju.Mereka pun bertemu dengan tiga tetamu misteri tadi lalu si suami pun berkata "Kami menjemput saudara kasih sayang masuk kedalam rumah kami".Mendengar kata2 tersebut saudara kekayaan dan kejayaan juga turut masuk kedalam rumah lelaki itu..Si isteri berasa pelik lalu berkata"Kami hanya menjemput masuk  saudara kasih sayang sahaja". Dan mereka menjawab semula"Ya.memang benar kamu hanya menjemput rakan kami kasih sayang sahaja.Tetapi kami dah berjanji untuk tidak akan berpisah  dengan sahabat kami kasih sayang.Mendengar yang demikian si suami dan si isteri tersenyum dan mengucapkan syukur kepada Allah.

2 comments: