Monday, November 22, 2010

Setiap perkara ada hikmahnya=D

   Seorang pemuda menjaga kambing kambing peliharaannya dengan menunggang kuda kesayangannya.Satu hari kuda kesayangannya itu hilang daripada kandang.Puas dicarinya tetapi tetap tidak jumpa."Ayah,kuda kesayangan saya telah hilang"adu pemuda itu kepada bapanya."Tidak mengapa,setiap perkara mesti ada hikmahnya ."jawab bapanya dengan tenang.'Apalah hikmahnya'Bisik pemuda itu.
   Selang beberapa hari,kuda kesayangannya itu pulang tanpa cacat cela,malah ia membawa beberapa ekor kuda liar bersamanya."Ayah, kita bernasib baik harini,kuda kita telahpun bertambah"ujar pemuda itu kepada bapanya. Bapa kepada pemuda itu menjawan "belum tentu nasib kita baik anakku.Tetapi insyaAllah segalanya pasti ada hikmahnya.Pemuda itu hairan dengan sikap bapanya.
   Beberapa hari kemudian, sedang pemuda itu menjaga kuda kuda nya yang banyak itu,tiba2 dia terjatuh dan kakinya patah.Kini,dia hanya terlantar di atas katil sahaja dan berkata kepada ayahnya"Aduh..apalah gunanya kuda yang banyak jika saya mempunyai kaki yang kudung seperti ini".Sebaliknya ayah lelaki itu menjawab "Bersabarlah anakku setiap perkara pasti mempunyai hikmahnya."'Apa Hikmahnya?sekarang aku tidak boleh berjalan dan tidak boleh menjaga kuda2 aku!'bisik pemuda itu didalam hatinya.
   Beberapa hari kemudian,kampung pemuda itu diserang oleh penjahat daripada negara seberang.Mereka merompak dan menangkap lelaki muda untuk dilatih sebagai ahli kumpulan mereka.Semua lelaki muda di kampung itu diikat dan diheret kecuali pemuda yang kakinya patah itu.Kini dia sedar bahwa kata2 ayahnya ialah benar.SETIAP PERKARA PASTI ADA HIKMAHNYA.

1 comment: